<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Sebulan dan cikgu ETA
written on February 02, 2013 @ Saturday, February 02, 2013 ✈


Assalammualaikum. How you guys doing? Lol. I didn't update the blog in a month. The last time I wrote is on the first day at a new school. Oh only a month not a year. Haha. So let's make some recall and I'm wanna share some story about me at new school. Sharing is caring you know xD

First of all, a week in new school make me feel terrify. Yeah I don't know why. Maybe because I don't meet my old classmates and bestfriend like usual in new day in new year. Feel like wanna crying. Lolol fornutalely not. Ahaks. Lama-kelamaan aku boleh sesuaikan diri kat sana. Alhamdulillah tak macam kat KB yang memerlukan 2tahun untuk aku sesuaikan diri. 2minggu pertama aku masuk kelas 4 Teknik 1. Fuu macam tak janggal pulak. Nasib baik diorang peramah peramah belaka. Jumpa kawan baru, Mia dan Wawa. Kalau kat 4TK1 aku kena ambil subjek Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan. Semua subjek yang aku tak berkenan langsung .___. Lol. Masa belajar, aku memang nak tak nak je belajar. Hahaha. Nak tukar tapi tak berani sebab cikgu awal-awal dah warning yang cikgu tak akan layan sebarang surat atau rayuan dari ibu bapa, pakcik, nenek, atuk dan dan dan lah untuk tukar kelas. Aku ada tanya cikgu akaun nak tukar kelas boleh tak. Cikgu usulkan buat rayuan. Aku pun beranikan diri jumpa cikgu penolong kanan, minta tukar kelas. Dia suruh buat surat. Ingat lagi masa kat bilik pejabat tu, aku seorang je sebab takde orang yang temankan. Diorang belum masuk kelas lagi. Aku malas nak tunggu jadi pergi jela sensorang. Cepat settle. Aku punya lah takut sampai menggigil seluruh badan. Hahaha habis cikgu tu buat macam-macam reaksi masa baca surat aku. Fahira ada tolong buat surat tu, dia ada buat ayat mengugut sikit. Macam manalah aku tak kecut. Takut je cikgu tu marah. Bermula lah sesi soal jawab antara aku dengan cikgu. 

Cikgu: Awak dari sekolah mana?
Aku: Kulai Besar.
Cikgu: Kenapa pindah sini?
Aku: Dekat dengan rumah.
Cikgu: Sebelum ni?
Aku: Kat situ juga.
Cikgu: Kenapa sekolah kat sana?
Aku: Dapat tawaran kelas RK.

Cikgu: Awak tahu kenapa awak kena tendang?
Aku: *bila masa aku kena tendang._.* Haa?
Cikgu: Sains awak tak cukup strong.
Aku: *B tak cukup strong ke?*
Cikgu: Sains awak tak strong. Awak dapat C kan.
Aku: Taklah cikgu. Saya dapat B. Yang C tu .... /mana boleh bagitahu kat korang ;p/

Cikgu terus semak fail dia. Sebelum aku masuk, cikgu Harun ada minta kitorang tulis result kat kertas. Bila nampak aku punya slip, dia terus menghadap komputer. Tulis apa benda entah.

Sepanjang tunggu cikgu tu siapkan kerja dia, aku hanya meliar tengok bilik pejabat cikgu. Tengok papan kenyataan. Sangat bosan dan masih menggigil lagi. Hahaha aku takut. Lepastu dia terus print something dan terus bagi aku. Aku baca "permohonan pelajar ini sekian sekian sekian telah diluluskan dan blablabla". Dah settle semua lepas tu cakap terima kasih dan blah. Kat luar pejabat, terus senyum lebar. Muahahaha akhirnya. Akhirnya! Hahaha.


Yeah. Wanna screaming loudly! Tapi disebabkan aku masih di sekolah, aku batalkan saja. Gilaa ke nak menjerit macam tu kat sekolah. Haha boleh dicop 'budak baru yang mempunyai sakit mental.' Masuk kat kelas, senyum masih tak lekang dari bibir. 


Aku rasa itu adalah keputusan yang paling terbaik yang pernah aku buat seumur hidup aku. 
Mia tanya 'dapat?' Aku 'angguk dan senyum.' 

Hari Isnin terus masuk kelas teknikal. Kelas teknikal sangat mengalukan kehadiran aku tapi kelas teknik terus memulaukan aku. Haha diorang tak puas hati aku pindah kelas. Perempuan melayu kat kelas teknik hanya 5orang termasuk aku. So, sekarang tinggal 4 jela. Jumpa je Wawa masa rehat atau perhimpunan mesti dia menjeling dengan aku. Haih fedup sebenarnya sebab aku tak suka orang menjeling dengan aku. Aku tahu dia bergurau tapi tapi tapi aku memang tak suka ._. Tapi lama lama dah okay. Kelas teknikal ada 2 aliran. Akaun atau lukisan kejuruteraan. Aku mestilah pilih LKJ. Nak jadi engineer :3 Mula mula belajar fuuu senangnya sebab dia sama dengan subjek math form3. Ada construct triangle and so on  tapi sekarang dah jumpa bab yang susah. Pernah aku buat hw, LK je dari pukul 4.30petang sampai pukul 10malam. Tipu lah kalau aku takde rehat. Lepas sembahyang maghrib aku terus rehat 30minit. Lepastu sambung. Pening giloss ==' Otak aku memang tak dapat berfungsi lagi. Erm memang kena focus masa cikgu tunjukkan dekat depan.  Selain LK ada pertambahan subjek macam addmath, chemist dan fizik. Sejujurnya aku masih tak dapat bawa lagi subjek tu semua. Susah tapi memandangkan kalau nak jadi jurutera, subjek tu penting.... haih hadap jela.

Now, let's talk about teacher ETA. Aku tak tahu apa maksud ETA tapi apa yang aku tahu ETA tu program untuk memantapkan pengunaan bahasa Inggeris di sekolah. Sekolah aku ikat kontrak selama 3tahun untuk program ni. Tahun ni adalah tahun kedua. Jadi, tahun depan ada lagi jumpa dengan cikgu baru matsaleh. Aww aww. Haha.

Nama cikgu matsaleh tu Mistelange. Nama dia panjang, semua cikgu pun panggil dia Mr. Lange. Mungkin dia mix cina kot sebab Leng tu. Dia dari US dan pernah belajar di universiti termuka di dunia, University Harvard. Dia seorang yang bijaksana. Umur 21 tahun. Berasal dari San Francisco, California. Apa yang menarik pasal dia, dia pernah belajar di Mesir dan fasih berbahasa arab. Kyaaaahh boleh ah ni jadi calon suami. Tarik dia masuk Islam. Ahaks.

Semalam dia baru masuk. Aku yang tak tahu apa apa sebab cikgu takde pun buat pengumuman pasal benda ni, agak blur bila cikgu suruh duduk. Tanya dengan bebudak ni baru tahu ada apa. Dengar je bunyi kompang, tahu lah dia dah datang. Aku expert nak matsalleh yang handsome. Lolol. Tertunai weyh, tertunai. Dapat yang handsome and muda pulak tu. Pakej! Hahaha. Tak lah tinggi sangat tapi yang pasti dia tinggi dari aku. Cikgu tu sangat baik dan peramah. Dia pergi tempat duduk cikgu lelaki, bahagian kiri tapak perhimpuan. Bila dia datang tempat cikgu perempuan belah kanan, semua pelajar menjerit. Hahaha belah kanan form 4. 



Pengetua berucap dan akhirnya Mr. Leng. Dia cakap bahasa melayu. Wootwoot! Tapi takdelah keseluruhan ucapan dia. Just cakap 'Selamat pagi, apa khabar, dan sebagainya lah.' Panjang juga dia bercakap kat depan. Nasib baik aku boleh faham. Yelah kebanyakan matsaleh kan cakap BI mesti ada loghat dia sendiri. Itu yang susah sikit nak faham tapi dia okay. Dia ada kata, kalau dia cakap laju, kitorang kena buat ombak guna tangan dan cakap 'slow down, slow down sir.' Haha comel je. Bebudak ni dan termasuk lah cikgu mengajuk buat macam tu masa dia bercakap. 

Rasa macam aku ni jakun? Rileks lah, aku memang jakun pun. Kau ada? Takkan .___. Hahaha.
He make something surprising. He challenge SMK Bandar Putra in debate. Sekolah BP tu sekolah kluster kecemerlangan, jadi macam agak.... boleh ke kitorang menang? Aku tahu tak mustahil dengan bantuan cikgu tu tapi... erm tengok jela nanti. Dia akan mengajar sampai akhir tahun. Yang bestnya dia ajar kelas aku. Jyeaah! Tapi nanti kat kelas kena speaking ah memanjang. Speaking sampai berhabuk. Haha. Tapi pronunciation aku agak hancuss. Macam budak darjah1 baru belajar tahu tak. Lol. Harap sangat dia dapat membantu. Masa rehat aku ada berbual pasal cikgu tu dengan Fahira. Dia cakap 'boleh ke dia mengajar kita? Yelah kita kan ikut bahasa Inggeris British. Dia pulak US'. Aku jawab 'entahlah. Pepandai lah dia ajar kita'. Semalam ada nampak dia kat tangga dengan cikgu BI aku sebelum ni, cikgu Theva, abang angkat dia. Pakcik angkat dia lak cikgu penolong kanan. Bila nampak dia, terus senyum. Melting weyh. 

Hurm dah takde apa apa aku nak cerita. Lol. Bulan depan aku update lagi. Eh tengok lah nanti ya. Ahaks.
Just that. Kbaaiii.



0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life