<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor
written on December 09, 2012 @ Sunday, December 09, 2012 ✈


Assalammualaikum.
Gambar ni bukan aku punya. Aku curi dari pakcik google tersayang. Air ni bersih. Boleh minum. Pergi sana 3 kereta. Ada orang dewasa dan kanak-kanak.

Semalam sampai Gunung Lambak dalam pukul 9.30pagi. Aku paling excited nak mendaki time tu. Haha. Yang mendaki hanya 6 orang. 3 lelaki, 3 perempuan. Aku ada lalu jambatan gantung. Best main benda alah tu. Diorang jalan aku goyang-goyangkan. Dan sebab benda tu aku jalan terhuyung-hayang. Haha. Sampai 900 meter, akak 2 orang tu stop. Diorang cakap dah tak sanggup. Semasa diorang berhenti aku masih lagi mendaki. Tengok betapa excited nya aku. Walaupun kepala aku dah pening sangat cam nak pitam je kat situ. Aku diam je. Aku malas nak susahkan orang. 

Sampai pertengahan tu kitorang tengok signboard. Aku pening dengan signboard dia lak. Haha. Dah lah takde guide. Mendaki lah tempat yang agak landai. Aku tak tahu betul ke tidak jalan tu nama dia landai. Geografi aku teruk ;___; dah sampai agak atas sikit, jumpa dengan orang cina. Dia cakap tak boleh jalan sebab bahaya. Tambah dia lagi sebenarnya ada tiga jalan lain. Lol. Time aku rasa cam nak menjerit. Kitorang salah pilih jalan. Mendaki sampai 1040 meter jela. Pacak kat situ bendera. Haha melampau. Tak sampai puncak pun. Yang bestnya kat situ line dia laju. Boleh online lagi. 

Seorang sahaja yang masih teruskan pendakian. Yang lain termasuk aku dah turun kebawah. Jalan yang kitorang pilih agak curam. Aku dah start berlari. Kalau jalan pun cam nak terjatuh, baik lari je. Kelibat 2 orang abang tu dah hilang. Aku buat donno, jalan seorang jela. Nyaman betul kat situ. Ingat nak menjerit. Haha tapi mengingatkan bukan aku seorang je kat gunung tu, jadi lupakan. Aku jalan lah straight to the heaven sekali tersesat keluar ke jalan raya. Hahaha. Kena pusing dari situ untuk pergi water park. Ingat nak jadi orang pertama yang sampai, rupa-rupanya 2 orang abang tu dah sampai dulu. Ugh. Mental breakdown.

Diorang tanya "kenapa lambat sampai". Aku "salah pilih jalan. Tika jalan sampai ke jalan raya." Diorang gelak. Abg "asal tak jalan straight je?" Aku "Tika dah jalan straight. Ada jalan jambatan gantung tak tadi?" Abg "Tak". Aku " Hurm itulah silapnya." Dalam hati je jawab.

Pergi kereta tukar kasut kepada selipar. Masuk 'Water Park'. Cari port sesuai, lepastu berendam. Hahaha. Aku tengah panas gila time tu. Tempat mandi itu kecik. Ada untuk kanak-kanak je. Yeah! I'm still kid. Ada jugak main gelongsor. Hahaha. Sekali je try. Kalau tak memandangkan ramai orang, dah lama aku conquer gelongsor tu jadi hak mutlak. Aku tak tahu air tu dari air dari gunung atau air dari paip. Lol. Sebab kepala aku pening sampai sekarang. Mandi-manda untuk beberapa jam. Ada budak kecik yang datang dengan trip aku main tarik-tarik kaki. Nasib baik kau tak kena tendang dengan aku. Aku just rendamkan kepala dia kedalam air. Okay kejam. Takde lah sampai macam itu sekali. Just acah-acah je. Kalau yang kanak-kanak rebina tu memang aku cam nak backhand je. Ada ke dia ajar budak kecik tu panggil aku syaitan. Aku just sengih je. Takpe lah. Kanak-kanak rebina memang macam gitu. We need patience to face them. Haih.

Dah zohor kitorang balik. Pergi rumah Lily. Rumah dia je paling dekat. Sembahyang sambil rehat kejap kat sana. Kejap tu sebenarnya lama. Haha. Orang lain dah tidur, aku je yang tak boleh nak lelap. Susah. Pukul 6 baru gerak balik. Sampai rumah tepat-tepat pukul 7. Baru nak duduk, azan berkumandang. Sembahyang lepastu online. Semalam mood aku memang tak baik. Main sembur je. Ingat nak tidur tapi adik aku takde teman. Kena tunggu mama balik dulu. Pukul 9.15 baru balik. Aku ada main-main dengan button deactivate. Kawan aku marah. Haha. Terus activate. Saja je. Biasalah. Mood tak stabil memang cenggitu. Sebelum tidur call kawan, lepastu nangis. Haha. Aku rasa ada beban. Letih sangat tambah lagi pening kepala. Haih. Pagi ni pun pening lagi. Cara aku lepaskan perasaan. Kalau sedih nangis, kalau geram tumbuk dinding. Aku tak suka pendam. Contoh ada orang buat aku marah, aku akan terus marah orang tu. Aku tak suka simpan lepastu jadi dendam. Ada kawan aku yang jenis macam tu.

Semalam adalah kali pertama aku tidur awal. Biasalah budak lepas PMR. Selagi tak pukul 1pagi, aku memang tak tidur. Jangan risau. Aku bangun pagi untuk sembahyang subuh. 

Okay. Dah takde idea lagi nak tulis apa.
Just that. Kbaaaii.

Labels:


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life