<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Melaka for the holiday
written on December 18, 2012 @ Tuesday, December 18, 2012 ✈


Assalammualaikum.
Hai. Apa khabar? Sihat? Dah makan? Lol. Aku tahu nak cakap apa. So awkward. Dah lama tak update. Okay, takde siapa tanya. 

Pergi Melaka dengan mak angkat adik aku, Mak Sum. Dia dah lama jaga adik aku dari kecik. Dah anggap cam mak sendiri. Bukan sebab nak bercuti je pergi Melaka tapi anak dia ada konvokesyen, aku panggil dia abang Wan. Aku tak tahu apa nama universiti tu. Anak dia ada 4, semuanya lelaki. Yang nak konvo anak yang ketiga, yang paling kecik pun dah form1. Pergi sana naik kereta exora, semuanya 8 orang. Hari Jumaat malam, pukul 9.30malam sampai. Duduk kat homestay. Sebelum pergi Homestay, kitorang singgah rumah saudara Mak Sum untuk ambil kunci. Auntie tu ada 2 orang anak, lelaki. Yang sulung umur 7tahun, comel gilos. Muka cam matsaleh. Putih melepak tambah lagi rambut dia yang agak blonde. Biasalah tu kalau dah kacukan cina dan kemboja. Nama dia Adam.. adam.. apa entah. Aku tak ingat nama penuh dia. Ingat Adam je. Seriously comel sangat tapi dia agak pemalu tak macam adik dia yang agak hyperactive. Nama adik dia Irfan. Umur 5tahun. Nakal gilos. Comel gak tapi tembam sikit dari abang dia. Adik dia lagi berani daripada abang. Mama dia cakap abang dia selalu kena buli dengan kenkawan kat sekolah. Adik dia backup. Dia pergi jumpa budak tu and then terus tampar. Okay, awesome. Haha. Umur baru 5tahun tapi berani buat cenggitu. Tunggu dekat setengah jam untuk ambil kunci dari tuan rumah. Banyak kali call, tuan rumah kata meeting. Lol. Meeting apa memalam. Haha. Pukul 10 tuan rumah tu call kata dia tunggu kat homestay. Terus masuk kereta pergi sana. Homestay tu ada 3 bilik, 2 bilik air. Setiap bilik ada aircond, kipas. Aku cop bilik depan. Besar, ada bilik air. Lengkap semua nya. Aku share bilik dengan Lily, adik kepada tunang anak Mak Sum. Dia form1. Budak tu comel. Haha. Mula-mula aku pilih bilik tengah tapi lepas tengok bilik depan, aku terus berubah fikiran. Abang tu jeles aku ambil bilik tu. 

Abang: 'Kata nak bilik tengah'
Aku: 'Tak jadi. Nak bilik ni. Privasi sikit. Haha'
Abang: 'Esok abang nak tidur bilik ni'
Aku: 'Tengoklah esok macam mana'

Selama 3hari, 2malam aku conquer bilik tu. Haha. Like a boss. Lol.
 Malam tu aku kelaparan sesangat. Mak Sum lupa nak bawa makanan yang dia pack masa nak datang. Haih. Tahan lapar je sepanjang haritu. Aku makan sikit je sebelum nak pergi. Sobs. Abang Wan keluar pergi tengok bola. Aku lak yang tengah kebulur just tengok cerita korea kat laptop. Habis takde wifi. Ceh melampau lah tu kalau homestay pun kena sediakan wifi. Ingat hotel ke. Lol. Tengok drama korea sampai pukul 2pagi dengan Lily. Dia pun sama cam aku. Ngee~ Sama apa? Fikir sendiri. Aku tak biasa tidur dengan aircond. Kat rumah ada kipas angin je. Ya Allah! Sejuk gilos. Lily nak tidur dengan aircond. Aku biar jela. Budak tu boleh tidur dengan lena. Aku takbole. Sejuk sangat. Aku dah pakai cardigan, selimut pun still sejuk sangat. Sepatutnya kalau suhu camtu aku kena pakai 2selimut. Memang takbole lelap. Pusing sana, pusing sini aku tak tahu pukul berapa baru lelap. 

Pukul berapa entah baru bangun. Aku lupa. Pukul 10 siap-siap nak pergi jenjalan. Tapi sebelum tu pergi universiti abang Wan dulu. Nak amek jubah konvo dia. Sementara tunggu dia ambil jubah, aku naik bangunan universiti dia. Dia cakap kalau dari situ boleh nampak satu Melaka. Ambil lah gambar bebanyak lepastu turun bawah. Lama tunggu dia. Aku tak tahu dia ambil jubah ke atau pun dia buat jubah. Lol. Dekat sejam kot tunggu. Akhirnya abang Wan muncul gak. Terus gerak pergi tempat yang dituju. Jalan cam tak 'jam' lak. Ugh. Aku tidur. Dekat setengah jam jugak aku tidur. Lol. Tak silap aku kitaorang pergi Dataran Pahlawan. Masa nak parking kereta, kitorang nampak Ferrari warna merah. Okay mengancam. Haha. Melaka kecik je kan. Jalan-jalan jumpa bangunan lain. 

  • Galeri Seni Rakyat
Jalan depan pintu je. Haha. Tempat tu tengah renovate ke atau tengah rehat time tu. Aku lupa. Antara dua sebab tu tak boleh masuk.
  • Bangunan Stadhuys
Jalan-jalan sekitar tempat ni. Ramai orang. Aku ambil gambar je kerja. Jangan risau, aku langsung tak ambil gambar diri sendiri. Haha. Aku tak suka ambil gambar. Lebih suka ambil gambar orang dan tempat. Ah! Aku ada try air cendol jam besar. Aku punya special sikit. Tambah aiskrim. Time tu pun tengah panas sesangat.
  • Menara Taming Sari
Tak naik pun Taming Sari ni. Sebab sebelum ni aku pernah naik. Aku taknak melabur duit kat situ. Aku nak beli barang atau souvenir. Ngeh ngeh.

Banyak lagi tempat yang aku pergi tapi aku lupa. Ada pergi satu tempat tu yang jual macam-macam souvenir. Amende entah -.- aku lupa. Kat situ aku beli souvenir untuk kawan. Esok aku nak bagi diorang. Haha.

Adik aku dah start melalak. Penat. Kitaorang patah balik pergi Dataran Pahlawan. Kat situ aku shopping. Lol. Beli dua baju. Baju tu comel. Bukan selalu aku dapat beli barang sendiri. 1 baju t-shirt, 1 lagi baju blouse. Dekat 3jam berjalan dan akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Lol. Balik! Haha aku dah penat sesangat. Tapi singgah kat Mydin sekajap sebab nak beli barang dapur. Memang borong habis. Nampak benor kebulur. Haha.

Balik rumah. Sembahyang. Masak. Makan. Sementara tunggu pukul 12, aku pergi tengok cerita Korea dulu. Bila ada budak bising nak guna laptop, aku tutup kasi dia. Lepastu tidur. Mata aku tersangatlah berat. Tidur lah sampai pukul 12. Malam tu kitorang ada aktiviti lagi iaitu  Jonker Walk. Yeah! Dalam pukul 12.30pagi baru gerak sebab tunggu abang Wan balik dulu. Sampai kat sana, kedai nya dah nak tutup. Mental breakdown -.- Haritu hari Ahad kan. Tutup awal kot. Rasanya lah. Balik tapi singgah kat bazar karat, depan Dataran Pahlawan. Tak tutup lagi. Jenjalan kat situ kejap. Kat situ jumpa mamat handsome. Aww comel lah dia. Muka dia cam ex crush aku. Apa yang membezakan ialah dia lebih putih dari ex crush aku. Yang crush aku tu ada lesung pipit tapi dia takde. Apa-apa pun dia comel. Haha. Aku tak boleh lupa. Yang tak bestnya dia pakai seluar pendek paras lutut ._. Ugh. Damn it! Aku bencikannya. Terus cancel tapi comel tu memang tak boleh nak buanglah. Haha.

Esok, hari Isnin just stay kat homestay. Abang Wan, abang Lie dan Mak Sum pergi konvokesyen. Kitorang kat rumah buat peta dunia. Haha. Aku tidur lambat haritu. Macam biasa takboleh lelap sebab suhu yang terlalu sejuk. Bangun pukul berapa? Takyah amek tahu. Haha. Aku bangun-bangun terus capai laptop, tengok cerita Korea. Lol. Sepanjang 3hari kat sana, si Lily tu asyik tanya 

Lily: 'Takut tak nak amek result PMR nanti?'
Aku: 'Oh lupa. Result tu keluar rabu ni. Tak lah. Akak pun tak ingat pasal result tu'

Seriously sepanjang 3hari kat sana aku tak ingat langsung pasal masalah aku. Sebelum ni pun aku ada kata yang nak pergi sana untuk release tension. Haha. Memang tak ingat langsung sampailah budak tu tanya. Tawakal lah. Exam semua aku dah jawab sehabis baik yang mungkin. In shaa Allah kalau ada rezeki aku dapatlah 8A. Takkan benda tu pun aku kena nangis. Ramai yang datang dengan parents diorang. Confirm! Aku datang sorang je esok. Macam masa amek result UPSR. Best gak amek sensorang. Lepastu tengok scene bebudak ni nangis. Haha okay jahat. Diorang balik dalam pukul 12tengah hari cenggitu. Aku tak ingat. Aku pula tak makan daripada pagi tadi, pergilah masak maggi. Ingatkan diorang semua dah makan. 

Aku: 'Diorang tak bagi makan ke kat sana?'
Abg Wan: 'Ingat kitorang pergi majlis apa nak makan-makan. Air mineral adalah'
Aku: /gelak

Masak lah satu bungkus maggi tu. Bukan sebungkus tau. Satu plastik tu. Lol. Malas nak terangkan. Pepandailah fikir sendiri. Lepas makan, sembahyang, kemas barang sebab nak balik. Dekat pukul 4 cenggitu kitorang still tak balik -balik lagi disebabkan tuan rumah yang tak angkat call. Haih. Kitorang ingat just tinggalkan kunci kat peti surat. Bila nak naik kereta, tepat-tepat time tu tuan rumah datang. Haha aku dah tergelak time tu. Ada chemistry tu. Lol. Camne lah dia boleh tahu. Abang Lie tanyalah dah call banyak kali, tapi tak angkat-angkat. Dia jawab lupa bawa phone, tertinggal kat rumah. Apadah pakcik ni -.- Macam mana nak business kalau phone pun tertinggal. Haha

Balik pun dah dekat asar. Nasib baik aku dah qada' kan sekali. Senang. Sebelum balik ada singgah sekejap kat kedai amende entah. Kat street. Sepanjang jalan tu semuanya kedai yang jual barang cenderamata, belacan, keropok dan memacam lagi lah. Ada sorang abang tu. Hahaha. Aku tengah amek gambar. Lily tegur aku..

Lily: 'Abang tu tadi cakap asyik amek gambar barang ni semua je, gambar aku taknak pulak dia ambil'
Aku: /gelak. Yang mana satu?'
Lily: 'Yang handsome sikit tu'
Aku: 'Oh'

Aku terus masuk kedai tu dan ambil gambar. Dia ada berdiri kat situ. Di cakap 'ah ambil lagi, ambil lagi'. Aku pun terus snap gambar dia. Lol. Abang tu kelakar. Masa ambil gambar kat luar, aku tak perasan ada orang perhatikan. Haha. So pelik. Aku ingatkan kat sebelah kedai tu takde orang. Ambil lah gambar bebanyak kat situ. Sekali pusing kearah kedai tu aku terus, I'm speechless. Haha. Asal orang tu boleh ada kat situ pulak? Tadi takde pun. Tak boleh duduk diam-diam ke. Aku terus lari masuk kedai sebelah dia. Haha malu gilos. Dah siap diorang semua shopping, masuk kereta dan balik. Aku just tidur setengah jam. Aku terjaga pun sebab berhenti kat stesen minyak. Lepastu tak boleh nak lelap dah. Pukul 7.30sampai Kulai. Singgah kejap kat Kulai Centre Point, beli barang sikit. Sampai rumah pukul 8 rasanya. Aku tak balik rumah terus. Balik rumah Mak Sum, malas nak susahkan diorang nak hantar aku balik. Tunggu mama datang ambil aku balik je. Sementara tunggu tu aku tengok cerita 'The Prince Of Tennis'. Wohoo dah lama tak tengok kartun tu. Masa sekolah rendah aku tak pernah miss tengok kartun tu. 

Version cartoon.

Kanata hongo. Ohmy! Dia comel <3 Tapi dia kurus kering. Lol. Cekeding gitu.

Version real, drama. Aku tengok satu episod je. Abang tu tak download semuanya ._.

Pukul 11 baru mama ambil. Okay mengantuk sesangat time tu. Balik rumah, benda pertama yang aku cari adalah handphone. Haha aku tak bawa phone masa pergi Melaka. Cari punya cari, still tak jumpa. Aku terus menjerit panggil mama. Tanya mana phone aku. Mama kata ada kat atas katil mama, ada orang asyik call. AKu boleh agak siapa. Bila aku capai phone, phone tu off. Aku on... amek kau "7 messages." Haha. 2 daripadanya adalah dari maxis. Maxis rindu aku. Haha. Yang lain dari kawan. Paling banyak dari "Mello Gedik". Aku pun mesej dia. Dia kata mama aku ada call dia. Aku terus pergi bilik mama untuk mendapatkan penjelasan. Lol. 

Aku: ' Ma, kawan akak call berapa kali?'
Mama: 'Banyak. Ada dia call pepagi buta.'
Aku: /gelak. Yeke? Mama cakap apa je?
Mama: 'Mama cakaplah "Hello, siapa ni?' Lepastu dia terus letak'
Aku: /gelak. 
Mama: 'Siapa mello gedik tu?'
Aku: /gelak. Kawan.
Mama: 'Kawan yang mana?'
Aku: 'Kawan lama'
Haih. Menipu ni. Cakap jela terus terang.
Aku: 'Kawan fb'
 Terus lari masuk bilik. Haha

Aku terus capai phone, call dia. Haha. Sampai habis kedit. Lantak ah. Tepat pukul 12 kedit aku habis. Haha. Ambil wuduk, sembahyang lepastu tidur.

Okay dah. Aku dah habis merepek. Buatlah faham-faham eh. Aku pun pening bila baca balik.  Patutnya post ni di publish semalam tapi postpone atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Haha.
Just that. Kbaii.









0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life