<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Kuala Lumpur for the holiday ~!
written on December 02, 2012 @ Sunday, December 02, 2012 ✈


Assalammualaikum.
Blog ini sudah berhabuk setelah ditinggalkan selama 2 minggu. Rasanya tak. Aku rasa dah sebulan. Aku menghilang selama 2 minggu ingatkan bila balik dapat online dengan aman. Tapi abang 'kesayangan' aku telah menjahanamkan laptop. Membuatkan aku sentap. Sekarang ni pun aku curi-curi online kat PC. Abah mana bagi guna kat anak dia. Ya Allah ! Sabar jela -.-

Bila kat KL, aku rasa macam katak bawah tempurung. Lol. Aku tak tahu berita semasa, tak tahu Boyfriend dah keluarkan 3 lagu baru. Tak tahu Nuest dan VIXX kena baling botol dan dan lah ..

We drop to the main subject now. Pergi KL hari Sabtu, postpone sehari atas sebab-sebab tertentu. Hahaha. Rancangan awal nak pergi hari Sabtu, boleh jenjalan kat Times Square. Tapi cancel. Sampai KL malam. Makcik aku buat scene sedih sekejap. Dia cakap kalau tak busy, dia bawa aku jenjalan. Time tu aku dah.... erm okay. Makcik aku hantar sampai Sentul sebab dia nak balik UKM. Tanpa disangka-sangka..Lol. Ayat aku. Pakcik aku belah abah nak tolong hantarkan makcik aku. Bermula lah rancangan gila dia iaitu seludup aku masuk asrama dia. Hahaha. Nasib baik felo ataupun kita panggil warden kalau kat sekolah menengah tak tahu. Makcik aku just duduk sorang je kat bilik. Bestnya takyah kongsi bilik .__. Privasi.. Makcik aku ni penakut rupanya. Hahaha. Pergi toilet pun nak kena teman. Haih. Camne dia boleh duduk sorang-sorang dalam setahun ni pun aku tak tahu. Esok pagi hari ahad kitorang pergi Masjid Jamek. Aku rasa aku cakap dengan dia aku nak shopping sikit tapi aku tengok dia yang melebih-lebih. Haha. Kitorang just ambil 2-3 jam pusing Masjid Jamek tu. Aku beli baju just ambil 8minit. Awesome. Ingat lepas pergi Masjid Jamek terus pergi Times Square. Cancel lagi sebab masa. Dekat KL aku duduk dengan saudara belah abah. So, kena balik cepat sebab abang saudara dah call. Masa tunggu dia datang, aku singgah Tasik Titiwangsa dulu. Sebelah asrama UKM je. Yang tak bestnya masa aku datang tengah hujan. Aku cakap dengan makcik "redah je. Romantik apa hujan-hujan camni". Hahaha. Laluan terowong cantik. Tasik dia dah kotor dengan lambakan rumput. Tak bersih ;__; Hujan berhenti bila aku nak balik. Haha. Menghalau nampak. Lol.

Dua minggu aku termenung kat KL. Lol. Takde lah. 2 minggu aku terperap kat rumah. Kerja aku membaca je hari-hari. Haih. Dari novel, buku form 4 dan agama. Semua aku baca. Meh aku list kan ya.


Biografi Agung Rasulullah S.A.W

Apa yang menariknya ialah nama aku tercatat dalam salasilah keluarga Nabi. Yeah! Tak percaya? Ni buktinya ._.

Atikah (Ibu saudara)
"Nama sebenarnya ialah Atikah binti Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Beliau merupakan ibu saudara Nabi S.A.W. Beliau memiliki keistimewaan iaitu boleh mentafsir mimpi dengan hebat dan itulah yang menyebabkan dia memeluk agama Islam. Dia adalah ibu kepada Ummu Salasamah iaitu isteri Baginda S.A.W."

Selain itu, riwayat Nabi ketika Nabi ingin wafat.

"Wahai Jibril, sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya? Wahai Jibril, kumpulkan sakit yang dialami oleh seluruh umatku ketika mati, biar aku yang tanggung sekarang ini." begitu Rasulullah S.A.W. sayang kepada umatnya dan bimbang umatnya tidak menahan sakitnya mati; namun permintaannya tidak diperkenankan Allah S.W.T.
Masa ni aku dah nangis. Begitu besar cintanya Nabi kepada umatnya. Tapi kita....waallahualam.


The Hand Of Iblis

Buku ni aku tak khatam langsung. Lol. English aku standard rendah. Mana lah faham ayat tu semua. Yang aku tahu orang yang karang buku ni keturunan Kristian tapi dia tak percaya dengan agama tu dan mula mancari agama sebenar. Sekarang dia tinggal kat KL. Rasanya lah. Buku tu cakap camtu. Tak tahulah kalau dia dah pindah. Nama dia Omar Zaid.

Jangan Bersedih "Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia"

Buku ni kebanyakkan potongan hadis & Al-Quran dan cerita.
Baca ayat ni wahai wanita dan renungkan.

"Demi Allah , betapa mulianya akhlakmu wahai Ummul Mukminin. Dia bukan termasuk wanita yang sombong dan takbur. Wanita kaum muslimin selayaknya bersikap malu, menjaga diri, suci, terhormat dan jangan sampai menampakkan kaki mereka. Hujung baju mereka dipanjangkan sedikit agar tidak terlihat dari belakang, sehinggan lelaki tidak melihat aurat mereka.
                      Adapun wanita sekarang (kecuali sebahagian orang yang dirahmati Allah), mereka menaikkan pakaian mereka setinggi mungkin kerana takut terkena basah atau lumpur. Bahkan bila perlu, mereka tergamak menangalkannya kerana mengikuti  cara berpakaian wanita-wanita kafir yang mempamerkan tubuhnya. Mereka memiliki seribu satu alasan untuk berpakaian separuh telanjang. Adapun kaum tidak mempunyai rasa cemburu sama sekali, kecuali hanya tinggal namanya sebagai lelaki. Kaum lelaki berjalan disamping mereka yang berpakaian menjolok mata itu tanpa mempedulikannya. Sesungguhnya rasa malu itu telah hilang dalam diri umat Islam."

Novel lak memang tak boleh nak senaraikan lah. Banyak kot. Hahaha. Siapa cakap budak PMR malas belajar .__. Muehehe :3

Semalam abang saudara aku baru ajak gi jenjalan. Aku dekat 2 minggu kat rumah tak nak pula bawak. Takpelah orang nak belanjakan. Hehe. Dia pun baru dapat gaji. Aku sebagai adik saudara yang baik hati nak tolong lah jugak menghabiskan. Lol. Takde maknanya. Aku just dapat dompet je. Haih. Sekarang ni kaki aku cam dah tercabut semua skru.

KLCC ---> Pavilion ---> Sungei Wang ---> Times Square ---> KLCC

Okay. Its awesome. Nasib baik aku tak demam. Dah lah jalan kaki pergi sana dengan hujan nya lagi. Haih. Badan aku boleh jadi cekeding kalau pergi jenjalan camtu hari-hari. Lol. Macam biasa kalau pergi KLCC, tempat favorite aku adalah Kinokuniya. Jyeahh! Haha. Tapi takde komik baru. Semuanya aku dah beli dan baca. Yang paling baru pun ada satu je. Tahun depan aku boleh stop berhenti beli komik buat sementara waktu. Aku boleh buat perpustakaan mini kat bilik. Lol.

Tadi aku sampai pukul 1petang. Balik sorang-sorang. Aku menggigil-gigil naik LRT tadi pagi. Abang saudara bagi arahan salah. Dia cakap naik LRT yang Sri Petaling, jangan ambil yang Ampang punya. Tapi masalahnya LRT nya Sri Petaling/Ampang. Aku rasa dia tak tahu yang LRT sedang di renovate. Saya maafkan ya bang. Nasib baik adikmu ni tak sesat. Lepasni dah boleh dah aku pergi KL sorang-sorang. Hahaha. Cam berani sangat je. Boleh je kalau Allah permudahkan.

Aku ingat kalau balik rumah bolehlah online puas-puas. Tapi aku tak tahu apa yang abang aku buat sampai laptop tu tak boleh nak connected wifi. Banyak betul dugaan. Fanfic aku pun dah lama senyap. Haihhhh.

Aku balas dendam dengan tulis panjang-panjang. Lol
Just that. Kbaaii.





Labels: , ,


1 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life