<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Bye 2012, SMK Kulai Besar :')
written on December 29, 2012 @ Saturday, December 29, 2012 ✈


Assalammualaikum.
Classmates 3RK2. Jyeaahh! Can't forget our moment. They are awesome, noisy, annoying, always tease teacher especially Rahimi. Haha. Dari form1 sampai form3 aku stay kat kelas yang sama. RK2. K jangan jeles. Ahaks. Tahun depan dah jarang jumpa dengan diorang semua. Aku dah pindah SMK Indahpura. Bekas sekolah abang aku. Pindah situ sebab dekat dengan rumah. Masa ambil result pun tak sempat nak bergurau senda lelama sebab semua cuak pasal PMR. Kalau boleh nanti hangout kat IOI kay :') Kurang daripada 5hari dah nak masuk tahun 2013. Okay aku rasa kejap sangat masa berlalu. Cam tak puas lagi. Haih. Takpe kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Nak tahu aku yang mana satu? Cari sendiri. Kalau jumpa, aku bagi gula-gula 3biji. Haha. Nak ceritakan seorang demi seorang.

Siti Sarah Binti Rashid.
Dia selalu dengar problem aku, cerita sebab aku ni talkactive tak pernah berhenti. Dia selalu advice aku kalau aku macam dah fedup. Semua rahsia aku, dia tahu. Aku tak pandai simpan rahsia. Haha. Dia jaga semua rahsia aku. Start rapat masa form2, sekelas. Banyak banyak manusia kat kelas tu, aku just takut dia ni je. Kalau nak buat perbandingan mana satu lagi garang, aku rasa dia ni. Dia kalau dah marah, semua orang terus senyap. Haha kelakar pulak bila ingat kejadian tu. Semua orang pandang dia dengan muka cuak sebab dia jarang marah kat kelas. Banyak kali kena tampar dengan dia. Sakitlah jugak. Kali terakhir masa ambil result PMR. Tamparan tu sebagai ucapan goodbye ke Sarah? Lol. Takpe aku akan rindukannya. Pernah terjadi beberapa bulan nak PMR, berlakunya salah faham. Dekat seminggu tak bertegur. Alhamdulillah sekarang masih berkawan walaupun masing masing busy dengan hal sendiri. Selalunya hari pertama sekolah aku akan cari dia untuk bercerita tapi nanti mesti dah jarang kan. Hurm. Aku ingat kalau weekend aku nak datang rumah kau. Hehe. Nak naik apa? Teksi ada. Lol. Teksi mahal lah pulak. Takpe nanti aku ikhtiar camne. Haha.



Fahira Syah.
Aku lupa nama penuh kau weyh -.- Ugh. I hate myself. Aku pindah sekolah sebab ikut dia. Stay sekolah sampai petang sebab nak study untuk PMR pun sebab ikut dia. Ahaks sibuk je nak ikut ikut orang ni. Aku tak tahu kenapa result aku tak ikut dia. Aku rasa pemeriksa ni salah tanda kot. Haha. Fayah lebih kurang sama dengan Sarah. Selalu menjadi pendengar setia. Diorang ni tahu semua crush aku. Banyak bercerita pasal Kpop dengan dia. Tak ramai kpoppers kat sekolah aku. Bape kerat je. Biasalah kebanyakannya layan lagu Barat, hardcore dan lain lain. Lol. Mula rapat form2 sebab naik satu bas. Aku naik bas cina sebab takde transport lain. Sekolah aku jauh. Sobs. Dah kenal dia ni dari sekolah rendah tapi sekolah agama je. Masa sekolah rendah tak boleh bertemu sebab sekolah aku dengan dia sebelah sebelah je. Kitorang memang tak boleh ngam sebab ada kumpulan kumpulan ni. Biasalah budak sekolah rendah. Bermusuh je kerjanya. Kitorang ada satu minat yang sama selain Kpop iaitu budak cina. Hahaha nampak je budak handsome terus siasat siapa budak tu. Ada 3orang budak cina yang kitorang jumpa. Sorang muka macam Ma Jun, naik satu bas dengan aku. 2orang budak sekolah. Nanti mesti rindu diorang. Ngee~

Nurin Nabihah.
Teddy bear ni kekadang takde perasaan. Kacau macam mana pun mesti muka dia still maintain, tak beriak langsung. Dia comel, rendah, cantik, montel lagi apa eh. Nanti aku update lagi. Aku takut bila nampak dia menjeling. Fuu seram. Haha tapi dia baik. Masa stay sekolah, dia ada sekali dengan Fahira. Diorang ajar aku science, mathematics, geografi dan sejarah. Thanks a billion to them. Akhirnya math aku dah tak gagal lagi. Dia jenis brutal sikit walaupun tengok cam budak 'nerd' je kan. Hahaha jangan marah aku Nurin >< aku tak salah. I'm innocent. Aku nak kau jadi cikgu private aku boleh? Boleh aku dapat A's setiap subjek. Haha. Oh dia tahu pasal kisah aku. Diorang ni lah kawan aku yang paling banyak tahu pasal rahsia aku. Ngeee~


Izza Izzati Binti Azman.
Budak ni selalu kena buli dengan aku. Kacau sikit mesti blushing habis. Merah menyala muka dia. Haha. Selalu jugak kena marah dengan aku sebab dia ni suka mencabar tapi tak berani nak buat. Sorry Izza kau selalu kena dera dengan aku. Tahun depan dah takde Atika yang selalu marah dan kacau kau. Hidup kau aman lepasni. Ahaks. Aku tak jumpa pun dia masa ambil result haritu. Berani betul tak datang sekolah sebab takut nak nak tahu result -.- sekeh juga budak ni. Takpe nanti aku tanya Sarah. 


Nur Syafiqah kailani.
Suara dia sangat perlahan. Asyik kena marah dengan aku je. Haha. Kerja part time aku marah orang. Haritu masa mendaki hutan simpan Selai aku telah menjahanamkan phone dia. Betul betul tak sengaja. Masa mandi air terjun aku lupa nak keluarkan phone dia dari kocek aku. So, terendam air lah. Lepas ambil result dia tunjuk phone tu kat aku. Aku pulak cam pelik je. Asal dia tunjuk, aku pun tengok je. Kot kot ada lagu baru ke. Haha rupanya dia nak tunjuk phone dia dah okay. Syukur alhamdulillah aku time tu. 


Iffah Harman.
Dia comel, cantik, pandai, tinggi and apalagi aku patut puji kau eh. Haha. Mula rapat masa form1 lepastu dah tak berapa sangat. Haha masing masing dah jumpa kawan baru. Dia selalu sangat buli aku. Haha yeke buli? More kepada kasih sayang maybe. Lol. Dia pandai math dan aku jelly -.- Weyh, ajar aku camne nak genius math cam kau lepastu kita battle masa SPM. Kay? Haha.


Farahaisya Binti Rahim.
Akak ni sangat sayang kat aku. Okay perasan. Haha. Dia suka peluk aku dari belakang dan aku akan peluk balik. Orang pertama yang aku kenal masa pertama kali jejakkan kaki kat Kulai Besar. Aku jumpa dia masa hari pendaftaran. Waktu tu aku ingat dia budak form3 sebab muka dia matang giloss. Haha. Masa berkenalan dengan dia aku cam tak percaya yang dia ni form1. Lewls. Dia baik, tinggi, cantik, senang nak buat kawan dengan dia. Ahaks. Dia tak sombong. Happy go lucky. Suka ambil gambar. Dia boleh jadi model. Package dah ada dah tu. Hehe. Farah, nanti mesti rindu kau sebab kau je yang suka peluk peluk aku ni. Ingat eh aku cakap tadi. Jaga kesihatan kau selalu, jangan menangis dan terus jadi tabah. Aku tahu kau boleh :') Nanti kita fight sesama untuk SPM!


Ridhwah Adani Binti Ghazali.
Budak ni sangat suka bermanja dengan aku. Ahaks tak tahu kenapa. Selalu kena kacau dengan aku kat kelas. Dia duduk depan. Kalau bosan mesti tolak tolak kerusi dia atau tarik tarik beg dia. Haha aku memang nakal kat kelas. Mana pernah duduk diam. Dia baik, pendiam, tinggi ke kau? Tak kot. Haha. Dia suka pendam masalah dia sensorang. Kalau ada prob mesti dia senyap. Aku kekadang akan tanya apa masalah dia. Tak semua benda dia akan sharing. Rid, kalau ada masalah mesej aku eh. Aku sekarang dah rajin topup dah *wink* Haha bebudak ni kalau dengar aku topup mesti heboh. Aku jarang topup sebab malas nak keluar duit. Lain lah kalau ada yang baik hati untuk topupkan aku. Hahaha.


'
Khairun Nisa Bt Harun.
She pretty. Ahaks. Aku puji dengan ikhlas ni weyh. Perangai gila gila, happy go lucky, cam takde masalah, baik, senang buat kawan dengan dia, selalu senyum sensorang cam orang tak betul. Hahaha. Dia suka ambil gambar. Kalau dapat je camera DSLR, memang ambil gambar ah dia ni. Aku dengar dia nak pindah lepas hari raya cina nanti. Kay aku tahu ramai yang sedih akan pemergian dia nanti sebab dia ni ramai peminat. Wootwoot secret admirer pun berlambak. Lewls.


Nur Aina Bt Shamsuddin.
Aku tak tahu betul ke tidak nama penuh dia tu ==' Budak kecik ni aku kenal dari darjah satu. Rapat time tu. Masa darjah 2 dia pindah. See? Betapa kuatnya ingatan aku tapi dia lupa pasal aku. Sobs. Pernah gaduh sampai tak bertegur sapa untuk beberapa minggu. Alhamdulillah dah baik. Hehe.


Syasya Nabila Binti Azli.
Dah ingat nama ayah dia apabila kena marah dengan dia tadi. Haha. Aku panggil dia chubby sebab dia montel. Lololol. Dari form1 sampai form3 asyik gaduh je. Ada je benda tak puas hati. Tapi sekarang dah kira settle lah sebab aku nak pindah kan. Lepasni dah takde yang kacau kau lagi.Takde yang asyik marah marah kau lagi. Kalau raya, In shaa Allah aku datang tapi tak janji sebab rumah kau jauh sangat lah syabiyy.

Nur Syahidah Binti Supian.
Akak ni cantik giloss. Ahaks. Aku puji betul ni weyh. Ikhlas dari hati yang dalam. Dia genius math. Always jelly with her. Kenal daripada sekolah rendah sebab sekolah sebelah sebelah. Dia tinggi, baik, peramah tapi kalau dia marah, agak menakutkan. Dia suka cubit orang. Sakit kau tahu tak kau cubit tu -.- Haha. Nanti ajar aku math eh. Boleh jadi genius macam kau *winkwink*


Okay. Akhir kata, aku nak minta maaf sesangat kalau selama ni aku agak biadap dengan korang. Suka cari gaduh, kacau, annoys korang. Haha itu adalah satu hobi aku yang sangat aku gemari. SPM nanti buat yang terbaik. Nanti aku jenguk jenguklah korang kat Kulai Besar kalau ada apa apa event. Ahaks itupun kalau pengawal sekolah bagi aku masuk. Kalau dia tak bagi masuk, aku rempuh je. Lol. Ridhwah ada kata nak hangout nanti. Apa apa bincang eh. Aku pun nak join sekali :') Hari rabu ni mesti alam persekitaran aku dah lain sangat. Takde diorang. Selalunya pepagi aku akan cari tempat duduk yang kitorang selalu lepak. Weyh, sedih ah. Janji dengan aku yang korang takkan lupakan aku dan takkan pernah sekali kali untuk berubah. Aku sepak kang kalau aku jumpa kat tepi jalan tapi menyombong dengan aku. Weee ~

Done merepek, meraban. 
Just that. Kbaii.















2 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life