<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
191212, tercatat sebuah sejarah
written on December 19, 2012 @ Wednesday, December 19, 2012 ✈


Assalammualaikum. Seperti yang diketahui umum, hari ini adalah hari keputusan PMR keluar. Yeah! I was one of the victims of the PMR. Lol.

Semalam ramai dah yang asyik membicarakan hal ini di twitter. Haha. Aku adalah salah seorang. Tadi bangun pagi, siap-siap pergi sekolah dalam pukul 10 cenggitu. Abang aku buat hal. Dia malas nak hantar aku pergi sekolah. Jadi malas nak bertekak dengan dia dan aku tak nak lambat sampai sekolah. Aku minta tolong ayah aku hantarkan. Sampai kat sekolah aku tengok ramai parents yang temankan anak dia ambil result. Okay I'm alone. Tak kisah pun. Suka ada lah. Haha. Aku jalan ke kantin, tempat kawan aku. Kat situ just ada Aina dengan Iffah. Yang lain belum sampai. Akhirnya muncul juga diorang. Sarah, Syafiqah. Dah lama tak berbual dengan diorang. Rindu gilos. Aku ada menyatakan hajat yang aku akan pindah tahun depan tapi terus kena tampar dengan Sarah. Sakit gak lah. Haha. Aku tahu dia tak suka. Aku tak tahu. Mak aku suruh pindah sebab transport.

Pukul 10.30 cikgu cakap something kat microphone. Bukan untuk bagitahu keputusan tapi cakap 'cikgu hanya akan bagi slip kepada yang berpakaian sopan sahaja.' Haha. Aku sopan dari atas tapi bila sampai bawah dah tak sebab pakai selipar. Haha. Pukul 11 cenggitu baru cikgu umum result. Berdebar? Tak. Aku tak tahu kenapa aku takde perasaan time tu. Yang lain semua muka dah cuak habis. Cikgu sebut nama budak 8A sampai 6A je. Masa 6A tu aku tunggu nama aku kena panggil sebab aku target 6A je. Haha tapi tak dapat. Terus lari pergi meja cikgu kelas aku. Okay aku sorang je yang excited. Kawan aku yang lain kat belakang. Ada yang dah start menangis. Aku tertanya-tanya kenapa diorang menangis sedangkan result belum dapat lagi? Hurm. Kena beratur dulu sebab ada budak laki dah ada kat depan aku. Dengar je result aku kena sebut dengan cikgu muka aku still tak beriak. Lol. Kawan aku dah tepuk-tepuk bahu aku. Bagi semangat rasanya. Terus berdiri bagi kawan aku yang lain ambil result. Macam-macam ragam aku tengok. 

Congrats to Nurin Nabihah & Fahira. Korang dapat perfect score tu! Aku tahu korang mesti boleh dapat MRSM. Ganbatte! 

For Sarah. aku jelly dengan kau weyh. Result kau lebih better dari aku. Ugh. Apa-apa pun tahniah. Aku tahu kau memang boleh buat.

Syasya, result kau sangatlah cemerlang dari aku. Aku tahu kau sedih sebab tak dapat target. But its okay. SPM ada apa. Lol. Kau nak pindah kan tahun depan? Jangan lupakan aku tau. Sobs sobs. Walaupun kita banyak kali gaduh. Sebab itu lebih merapatkan kita. Haha.

Aina, Iffah, Syafiqah, Ridwah, Nisa, Tuan, Syida, Farah, dah jangan sedih-sedih. PMR bukan penamat untuk korang berjuang. Masih ada lagi perjuangan yang korang kena tempuh iaitu SPM. Redha dengan result kau yang sekarang dan buat yang terbaik nanti.

Sambung. Lol. Balik rumah aku naik bas awam. Sampai kat bustop kena jalan kaki balik rumah sampai melecet kaki aku. Yelah pakai selipar kot. Ugh. Ayah aku dah tunggu daripada tadi kat depan. Haha. Tak sabar nak tengok result anak dia. Lepas buka pagar aku keluar balik. Ayah aku kata 'Ma, tengok ni. Tika menangis.' Haha tolong sikit. Tak menangis okay. Ayah aku suruh masuk. Haha saja memain dulu. Masuk rumah aku dah kena kepung dengan mama. Mak aku tarik-tarik beg aku. Aku tarik balik lari pergi meja makan. Bermulalah scene kejar mengejar kat rumah. Aku cakap 'Sabar ma. Kasi akak duduk dulu. Penat berjalan tahu tak.'  Saja melengah masa.

Ma: 'Dapat berapa?'
Aku: Hurm
Ma: 'Ada A'
Aku: 'Hurm'
Ma: 'Takde A ke?'
Aku: 'Hurm'
Ma: 'Cakaplah berapa'
Aku: 'Mama marah tak kalau akak tak dapat A?'
Ma: 'Takpe. Janji dah berusaha'
Aku: Hehe okay!'
Terus bagi slip keputusan. Ada A tapi tak ingin aku bagitahu result aku dapat berapa. Haha. Biarlah ia menjadi rahsia. Lol.

Dah bagi slip aku terus naik atas, online. Fuh penuh timeline twitter aku dengan bebudak PMR ni. Kebanyakan nya tweet sedih sebab tak dapat result yang di target. Okay, buat mood aku agak spoil. Ugh.
Bila makcik aku tanya baru sebak. Haha. Pelik. Parents tanya taknak pulak nangis. Aku sebenarnya nak jadi macam makcik aku. Result dia memang awesome! Yeah. Diorang pandai. Nak ikut jejak langkah diorang tapi result yang aku dapat hampeh. Tahun depan kena struggle betul-betul. Takde main-main dah. Seriously talk ._. Aku nak belajar sampai menara gading. Muehehe :3

Okay dah habis merepek. Aku dah tak tahu nak update apa lagi.
Just that. Kbaaii.



2 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life