<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Taman Negara Endau-Rompin Selai ~!
written on November 06, 2012 @ Tuesday, November 06, 2012 ✈


Assalammualaikum.
Imej baru dari Youngmin  ;___; I really adore him now ! Damn so different from his first debut. Title album terbaru diorang adalah "Janus". Mungkin aku takkan ambil peduli pasal album diorang yang baru ni. Takut ada benda yang syirik. Aku dah baca apa maksud Janus tu. Nama sebenarnya adalah "Lanus" yang diambil dari perkataan Roman yang bermaksud dua wajah. Okay, stop it. Malas nak cerita lagi. Benci betul bila dapat tahu album diorang ni ada kena mengena dengan God. Aku akan dengar lagu and tengok lirik sebelum aku cakap lebih lanjut. Chewaaahh. 

Drop to the subject. Semalam aku baru balik dari Taman Negara Endau-Ropin Pahang yang mengambil masa lebih kurang 2-4 jam kalau dari KulaiJaya. Kitaorang dekat sana 3hari 2 malam. Hari Jumaat pagi dah bertolak. Cikgu Shukor banyak kali cakap " Biarkan dulu barang peribadi. Masukkan dulu barang penting dalam bas, kalau terlupa takut nanti benda tu penting". Banyak kali dia cakap. Naik rimas aku dengar. Dah pack semua barang. Dalam pukul 10 kitorang gerak. Ada sorang cikgu tak dapat ikut sebab pengetua tak bagi. Merajuk cikgu tu. Hahaha. Dia sepak khemah yang ada depan dia. Alololo kesiannya cikgu. Al maklum, cikgu tu cikgu geografi mestilah dia nak ikut.

Dalam 2.30 camtu sampai pejabat dia. Kitaorang naik pajero untuk masuk kedalam hutan tu. Aku pilih kereta yang boleh bukak bumbung tu. Kereta apa ntah. Kereta lasak lah. And pakcik tu sporting habis ! Kitaorang memekak je kat dalam tu. Masa dalam perjalanan tu ada mintak pakcik tu bukak bumbung sebab nak amek gambar. SubhanaAllah. Panorama dia sangat cantik ! Dapat hirup udara segar. Tak boleh dapat kat tempat aku yang penuh dengan asap. Hurm. Sampai kat tapak perkhemahan. Mata aku terus "O__O" bersih nya tempat ni ! Tapak perkhemahan kitaorang sebelah sungai. Tapi dah keruh sebab banjir. And tak boleh mandi sebab kedalaman sungai tu ialah 7-10 kaki. Try lah kalau rasa-rasa tak nak bernafas kat dunia lagi. Hahaha.

Ada 5 orang guide yang temankan kitaorang kat sana. Komander nama dia Encik Adni. Yang lain semua muda lagi. Abang Faiz, Along, Jeffrey dengan sorang lagi. Aku tak ingat.
Aktiviti pertama kitaorang ialah masuk hutan. Ada tempat penginapan orang asli. Cara guna jerat. Empat jerat yang diorag tunjuk. Satu untuk yang kaki empat macam babi. Jerat kedua untuk burung wau. Cam burung merak lah. Ketiga untuk landak. Keempat untuk kancil & rusa. Lepas tu balik sebab hari dah gelap.
Malam lak ada "Night Work", diorang cakap "Cat Work". Hahaha. Kena pakai lampu suluh lah jawabnya. Tapi aku tak bawak. Forgetful. Aku pinjam orang punya. Ada satu tempat tu dia akan tutup lampu suluh. Kitaorang jumpa kulat, cendawan & daun yang bercahaya bila gelap. Jumpa gak dengan kunang-kunang. 
Dekat 2 jam kitaorang berjalan. 1.5-2km rasanya kitaorang berjalan. Cikgu cakap kitaorang ni lemah betul. Kitaorang amek dekat 2 hingga 3 jam jalan. 

Hari kedua kitaorang pergi trekking ! Aktiviti yang aku dah lama tunggu. Dalam pukul 9pagi kitaorang gerak. Aku dah siap sedia dah semuanya. Makanan, minuman, ubatan. Semua lah. Kitaorang akan mandi manda kat air terjun tu. Yang aku tak sedia ialah pacat. Yupp! Benda alah tu. Aku tak pernah kena lagi. Tu yang geli kalau benda tu kena kat kaki aku. Alahai. Pacat ni betullah. Naya aku jela kerja. Abang tu ada cakap kitaorang aku lalu tempat memang khas tempat pacat. Time tu aku dah berdoa "Ya Allah, tolonglah jauhkan aku dari pacat". Aku jalan cepat-cepat supaya benda tu tak melekat. Tapi tak bestnya ada kat beberapa tempat kitaorang kena berhenti sebab nak tunggu budak-budak lain kat belakang. Aku lak dah geli geleman ingat pasal pacat. Aku tengok kawan aku dah kena pacat. Ingat aku selamat dari pacat. Malang nya tak. Kena gak. Kena 5 tempat. Kat kaki semuanya. Aku tak nampak sebab pacat tu masuk dalam kasut. Aku lak cam rasa geli-geli je time jalan. Ya Allah hai, naik bulu roma aku bila berjalan. Otak aku ligat cakap "itu hanya tali kasut, tali kasut". Susah gak mendaki ni. Ada yang curam, licin. And macam-macam lagi lah. Aku jalan barisan yang paling hadapan. Jumpa gak air terjun Tapah Pandan !

Tapah Pandan.

SubhanaAllah. Tempat ni sangat cantik. Time aku sampai dah rasa angin yang kuat dan sejuk. Air dia sangat sejuk. Kat sini tak bole mandi sebab 7 kaki dalam. Aku minum air terjun ni. Jernih giloss air dia. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Kalau nak tahu lebih lanjut kena pergi sendiri. Air tejun yang paling tinggi adalah Tapah tinggi. Kitaorang tak sampai sana. Jauhh kot. 

Tapah Selow

Ni lak Tapah Selow. Anak sungai kepada Tapah Pandan. Kat seni lah kitaorang dapat bermandi manda. Air dia tak berapa jernih dari yang tadi. Keruh sikit. Tapi still air dia sejuk ! Yang tak best nya, aku telah menghancurkan handphone kawan aku. XPeria Sony Ericson. Aku terlupa keluarkan dari poket. Ya Allah. Takut giloss aku time tu. Memang tak sengaja time tu ! Just boleh tengok je dia lap handphone dia. Hurmm.
Lepas beberapa jam camtu plus hujan renyai-renyai kitaorang pun turun. 

Pukul 2, lepas sembahyang kitaorang ada aktiviti lagi. Memasak tanpa bantuan gas, mancis and semua benda yang kita biasa gunakan. Just guna barang-barang dalam hutan. Cam ranting kayu and banyak lagi lah.
Ynag tak best nya hujan lak dah turun. Mula-mula sikit je sekali hujan agak lebat. Aku buat donno and just stay kat situ nak tengok. Yang lain-lain dah blah cari tempat berteduh. Cikgu lak amek plastik hitam bagi kat kitaorang. Lama tunggu nasi tu masak. Dekat sejam gak. Abang guide tu cakap kitaorang tak jaga api sebab itu dia lambat masak. Nasi nya jadi cam .. ape ntah. Aku pun tak tahu. Dah siap semuanya. Kitaorang pon pegi makan petang. Malam lak ada aktiviti. Kitorang kena buat jerat. Tapi tak jadi sebab hujan. Just jalan beberapa meter and pusing balik pergi kem. Hanya dapat buat aktiviti bermain permainan "Kerancang". Tak tahu nak jelaskan camne permainan tu.
Malam tu kitorang tidur dalam keadaan yang sangat sejuk. Dah nama pon hujan. Mestilah khemah pon basah sekali. Nasib baik aku bawa selimut. Hehe.

Hari yang terakhir. Kitorang kena masak menggunakan sumber-sumber hutan. Budak lelaki kat group aku tak boleh diharap. Orang suruh cari kayu, dia cari ranting. Orang suruh cari ranting, dia cari daun. Tsk. Sabar jela. Nasi kumpulan kitorang pun tak jadi sebab api. Lepas sarapan kitorang ada aktiviti lain lak iaitu menyumpit! Akhirnya. Banyak kali aku tanya cikgu bila nak menyumpit. Aku dapat sumpit 4 kali. Yang 2 kali nya aku dapat sumpit kat bahagian warna merah lagi sikit je kena tengah. Yang dua lagi tak kena. Miss sebab aku pakai 2 damak terus. Hehe. Lepas ni boleh sumpit orang kalau ada yang try nak cari gaduh dengan aku.

Kitorang pon pack barang, lipat khemah and siap sedia untuk balik. Yeahh ! Komander tu cakap, time balik bersemangat betul. Dah takde yang sakit. Haha. Ada 2 orang budak pompuan yang demam. Masa aku tunggu makanan terhidang kat dewan makan, aku tak perasan ada pacat kat tangan aku. Aku rasa gatal and geli. Aku pun garu-garu lepas tu tersentuh benda licin. Bila tengok "Ya Allah ! Camne benda ni boleh sesat sampai sini?" Time tu nak je aku menjerit. Tapi fikir buat nak jerit, bukan bahaya pun. So, biarkan jela benda tu makan darah aku. Sampai jadi gemuk pacat tu. Hahaha.

Pukul 11 camtu kitorang pun gerak untuk balik. Aku cop kereta pakcik yang aku naik untuk hari pertama. Yang bukak bumbumg tu. Haha. Dah 3 kali aku terlepas cakap "Jakun". Yela. Kan kat sana ada suku kaum orang asli yang nama "Jakun". Kalau dia dengar, tak ke kena sumpit? Macam biasa kat dalam kereta pakcik tu kitorang tak berhenti bercakap. Ada diorang citer pasal couple-couple ni. Aku terus bersandar and pura-pura tidur. Haha. Aku tak boleh masuk kalau bab couple. Kawan aku tegur "Lahh, tidur rupanya. Patutlah senyap". \Aku just sengih je. Aku terus bangun and cakap "Aku tak bole masuk bab tu sebab aku tak pernah couple, tak pernah merasa and tak pernah ada. So, aku diam jela". Kawan-kawan aku semua expert bab-bab couple ni. Hahaha. Okay, stop about it. Aku ada mintak pakcik tu bukak bumbung buat kali keberapa. Time tu hujan. Aku lak dah macam kena peluru kat atas tu. Mandi hujan. Best!

Akhirnya sampai ke pejabat urusan ke Taman Negara. Aku lak bukak pintu terus naik bas. Pakcik tu hantar betul-betul depan pintu bas. Haha. Pakcik, pakcik memang da best lah !

Kat dalam bas lak aku bosan yang amat sangat. Mp3 aku dah habis batteri. Yang aku boleh buat time tu baca komik jela. Hehe. Aku dah prepare semuanya sebelum pergi kem. Dalam pukul 3 camtu kitorang berhenti kat machap untuk sembahyang. Thanks to cikgu yang bagi kitorang duit untuk beli makanan. Aku lupa nak bawa duit sebab memikirkan yang kitorang ni masuk hutan bukan nak shopping. 

Pukul 5.30pm aku sampai sekolah. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai. Cikgu Zu tumpangkan aku untuk balik rumah memandangkan aku takde transport nak balik. Itu jela pengalaman aku selama berada di Taman Negara Endau Rompin Selai.

Aku tak dapat jumpa binatang-binatang besar cam gajah, badak sumbu, rusa, kancil sebab banjir yang dulu telah menyebabkan kawasan tu terputus. Yang kawasan haiwan tu semua ada kat sebelah tapak perkhemahan kitorang and dipisahkan dengan sungai. Ada beberapa pelajar yang jumpa dengan siamang. Cikgu cakap takyah susah-susah nak cari, kat sekolah ada banyak. Hahaha. Cikgu jahat. lol.

Aku sebenarnya pening gak bila baca balik. Harap korang faham ya.
Boyfriend dah keluar teaser untuk comeback diorang 8th Nov ni. Diorang sangat handsome. Aku ingat nak tengok filem "Istanbul Aku Datang". DD dengan Farid Kamil cakap nak honeymoon kat Istanbul kan.

Just that. Kbaiii.






Labels: ,


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life