<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Raya dan kehilangan ~!
written on August 23, 2012 @ Thursday, August 23, 2012 ✈


Assalammualaikum.
Still dalam suasana hari raya. Dah raya keenam dah ni. How is it? Dapat banyak duit raya tak? Walaupun dalam mood hari raya, aku tak pergi mana-mana rumah lagi. Haih. Jeles aku bila buka facebook semua nya post gambar raya diorang. Aku takde gambar raya *nak nangis* 

Raya-raya jugak. Jangan mencekik sampai tak ingat dunia sudah lah. Okay. Sekarang aku nak cerita sedih lak. Kakak ayah aku meninggal masa hari raya keempat. Aku antara percaya tak percaya je time ni. Semua keluarga aku ada kat KL, sementara aku kat kampung majidee. Tinggal dengan makcik aku sebab takde transport. Hurm. Sedekahkan al-fatihah untuk roh arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ~!

Kesian aku kena tinggal. Uwaaaahhh! Dah lah takde makanan. Makan maggie jela setiap hari. Atuk aku cakap nak balik esok. Harap-harap betul lah apa dia cakap. Tapi kesian lagi lah kat keluarga arwah makcik aku. Anak dah lah ramai. Nasib baik ada yang dah kerja. Boleh ringankan beban ayah diorang. Aku dapat tahu yang makcik aku meninggal time aku tengah tidur. Aku rasa dia dah okay lepas masuk hospital sebab buah pinggang. Ajal maut ditangan tuhan. Kita tak boleh nak buat apa.

Jadi, kepada yang masih hidup ni kena lah sentiasa ingat yang ajal akan datang bila-bila masa sahaja. Sentiasa berdoa dan jangan tinggal solat. 

p/s: Baru dapat online setelah beberapa hari takde line kat kampung ni ==' Mood: HAPPY GILOSS !

Labels:


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life