<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Larian Amal 2012 di IOI Mall ~!
written on July 08, 2012 @ Sunday, July 08, 2012 ✈


Assalammualaikum.
Youngmin just makan cookies je ke ? Aigoo! Takyah lah buat muka comel camtu wahai suamiku ~ Hahaha. lol.

Tadi pagi ada 'Charity Run 2012' di IOI Mall, KulaiJaya, Johor Bahru. Hah. Aku bagi detail sekali. Mak aku tak kasi aku pergi tadi sebab hujan lebat. Tapi aku berkeras nak pergi gak. Dalam 7.30pagi hujan dah start berhenti. Alhamdulillah. Tak silap aku crush aku datang tapi dari aku tunggu kat sana sampai lah dah start lari, aku langsung tak nampak dia. Dalam hati 'Yes !' Nasib baik dia tak datang. Aku kat sana just lari dengan Fahira, aku tak kenal sangat budak-budak kat sana. Dalam pertengahan jalan, secara tiba-tiba je crush aku dengan selambanya memotong aku. I have turn to ' O____o ' Camne dia bole potong aku ni? Bukan dia kat belakang ke. harap maklum ya saya ni kategori F iaitu junior female so lari dululah. Bila dia kat depan aku, aku pon lari depan dia. Dia datang je aku lari, dia datang je aku lari. Camtulah seterusnya sampailah garisan penamat. Aku dah tak nak dekat-dekat dengan dia. Aku menyesal suka kat dia. 

Female junior kena lari 6.5 km. Fuhh. Boleh tahan lah walaupun aku belum sarapan time tu. Nasib baik tak pitam kat tengah jalan. Masa aku lari ada sorang auntie ni dah nak pengsan and anak dia jerit minta tolong. Mak dia tu dah tua. Aku antara nak tolong dengan tak je time tu sebab kalau aku pergi tempat autie tu, aku boleh buat apa je. Aku just teruskan larian lepas ada beberapa orang tolong dia. Lepas dah habis semua tu aku pergi amek cenderamata. Aku tengok dia pergi depan sedangkan kita kena beratur dulu. Aku dah ketawa tengok dia camtu. Panjang giloss barisan tapi yang aku sentap bila ada dak-dak ni yang memotong. Takde sivik langsung ! Orang penat beratur kat belakang, kau senang-senang nak potong eh. Aku tengok dia kebelakang, kebelakang and kebelakang sebab budak-budak ni. Dah sampai situ jela aku tengok dia terus aku blah. Time aku tunggu kat dalam IOI Mall aku nampak dia lagi. Dia jauh beberapa meter dari aku. Baguslah kau jauh. Then, kawan kawan aku ni pakwe dia kawan baik dengan dia. Dia datang tempat aku. Biasalah couple. Crush aku dah nak pergi, so kawan dia panggil couple kawan aku tu. Tapi dia tak nak sebab tunggu akak ipar dia. LOL. Dia pon terpaksa datang tempat aku, aku tak tahu nak buat camne. Just berdiri cam tunggul jela kat situ. Nak pergi tandas? Penuh satu toilet tu. Malaslah. Dalam hati aku, aku curios sebab something. Dia ni tahu ke tak aku suka dia ni? Asal muka dia ni takde perasaan eh .____.

Okay. Bukak citer lain. Lepas semua dah habis. Semua pelari pergi hall. Ada persembahan. Ada 3 orang budak cina buat persembahan dance. Kpop tu ~! Memang daebakk lah diorang menari. Lagu pertama 'Sign - Brown Eyed Girls, 'Volume Up - 4Minute *seksi* So Cool - Sistar. Yang lelaki lak buat tarian dance cam showdown. Bboy ! Best lah gak. Aku tak nampak sangat. Lepas tu dance 'Heartbreaker - G Dragon. Tarian dia senang je. Ingatkan susah sangat .__. Habis je persembahan, penganjur ada buat cabutan bertuah. Hadiah dia memang gempak lah ! Cam fixie bike, camera digital Sony, Samsung ... ape entah, Galaxy Tab, TV and banyak lagi lah. Aku nak galaxy tab tu >.< Tapi takde rezeki. Hurm. Sabar jela.

Rasanya aku dah habis merepek meraban.
Just that. Kbaii.

Labels:


2 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life