<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Tikek, 19yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
Camp AKLI di Kota Tinggi !~
written on July 04, 2012 @ Wednesday, July 04, 2012 ✈


Assalammualaikum.
Minggu lepas Boyfriend baru je debut kat Japan. Tak silap aku yang datang tengok konsert diorang dalam 4000 ! Walayeyh. Tapi kenapa, kenapa dan kenapa dia tak nak datang sini? Sedangkan Singapore dah dua kali diorang jajah. Malaysia dengan Singapore kan sebelah-sebelah je? Lepas tu diorang buat fan meeting pulak tu >.< Ini tidak adil~ tidak adil ~ bagi ku .... ~ Ahh ! Irritating -.-

AKLI di Kota Tinggi.


Minggu lepas aku ada kem AKLI (Akademi Kemahiran & Latihan Insan) di Kota Tinggi selama 3 hari 2 malam. Hari Jumaat pagi haritu aku ada Kejohanan sukan kat sekolah. Antara penat tak penat lah time tu. Balik dari sekolah dalam pukul 12.00pm, pukul 2.15 kena datang balik sekolah. Yang pegi patotnya 40 orang tapi 2 orang tarik diri last minute and dah cari orang baru tapi tade. Yelah, kan last minit sape nak pegi kalau gitu. Ingatkan tidur kat khemah ke apa ke. Kan kem. Sekali amek kau tido kat dorm yang ade air-cond satu bilik sebijik. Muehehe :3 Dorm tu ade 2 bilik, ruang tamu and 2 bilik air. Ada 3 air-cond lah satu rumah. Sejuk giloss bila tidur. Brrr >.< Dalam dorm ada 8 orang penghuni, katil ada 12 .. ada lebih 4 katil lah camtu. Tapi dak ni ngade-II nak tidur bawah. Orang dah sediakan katil sibuk nak tidur bawah gak sebab takut. Diorang tidur ramai-II kat ruang tamu kecuali aku and nisa dan syasya. Nak pulak aku tidur berhimpit-himpit camtu -.-

Selesa plus sejuk. Err -.-


Kem tu lebih ke akademi. Belajar jela. Tapi lebih seronok sebab selain belajar, kitaorang ada buat pembentangan. Time sejarah aku just tengok citer 1957 Hati Malaya. Ingatkan tak best sebab tengok dianya iklan. Rupan-rupanya daebakk ! Citer sejarah tapi cerita dia tak boring langsung walaupun suara dia tak berapa clear. Pengalaman yang tak boleh aku lupakan time kitaorang sume kena marah. Hurm. Time tu memang kitaorang sume salah termasuklah aku. Ada budak yang bawak laptop, main fb, twitter and bole dikatakan sume tak fokus. Tapi aku memang fokus sebab aku duduk depan even kat telinga kena sumbat dengan earphone. Tapi aku tetap tengok peta-peta segala bagai yang cikgu tunjuk. Aku ada jugak jenguk-jenguk sekeliling, memang tade yang tengok kecuali budak yang duduk depan. Aku just cakap astaghfirullah. Agak biadap gak diorang bila time cikgu ajar bole kuar masuk kuar masuk. Kalau aku jadi cikgu dah lama aku sound. Tapi cikgu tu baik sangat sebab tu budak-II ni besar kepala. Guru yang jadi cikgu pengiring kitaorang memang marah giloss. First time aku nampak. Takut tau. Betullah orang lain cakap, orang yang pendiam and sporting ni kalau dah meletup memang dahsyat. Cikgu memang fed up gila dengan kitaorang. Sepatotnya ada aktiviti malam tu tapi dibatalkan sebab perangai kitaorang. 

Esok nya sepatutnya ada slot mathematic tapi dibatalkan sebab suami fasililator nya masuk hospital. Kecewa sangat sebab aku ni lemah math .___. Yang gantikan cikgu pengiring tu merangkap kaunselor kat sekolah kitaorang. Dia still camtu, still marah lagi. Hurm. The awkward moment when you must face the teacher. Diorang just berbual je sebab cikgu tak nak buat apa-apa aktiviti pon untuk kitaorang. Sedih k sedih. Lepastu aku pegi toilet sebab aku time tu sakit perut sangat tak tahu kenapa. Aku dengar cikgu cakap sebab cikgu guna mikrofon dan dewan tak berapa jauh dari toilet. Alhamdulillah, cikgu dah mula cakap dengan kitaorang. Aku takut bila balik semuanya masam mencuka and jadi kem yang paling tak best. EVER. 

Cikgu minta maaf kat semua budak KRK sebab marah semalam. Ketua yang kitaorang pilih berdiri and cakap bukan salah cikgu tapi semuanya kitaorang yang salah. Aku time tu menangis. Semua budak menangis termasuklah budak tu. Lepas semuanya dah okay, cikgu bukak satu video untuk ceriakan kitaorang semua. Tak silap aku satu pondan ni menari gelek. Tapi aku tak ketawa sebab aku tak tahu mana lawaknya.

Kitaorang balik hari ahad pukul 1.30. Pukul 11.30 sikit buat sikit aktiviti and kitaorang ada buat pakatan sulit. Muehehe :3 Buat persembahan khas untuk cikgu. Semua kumpulan menyanyi. Aku lupa aku nyanyi lagu apa sebab aku tak hafal sangat lagu tu. First time aku nyanyi depan budak-II tu. Akhir sekali semua budak naik kat pentas and nyanyi lagu Untuk Dia - Sleeq ft Najwa Latif. Cikgu rakam pulak tu. Janganlah sampai dia masukkan kat youtube sudah lah. Tak popular pulak aku time tu. Hahaha. 
Alhamdulillah, kami semua balik dalam mood yang ceria bukan sedih !

p/s: tangan kiri aku melecur sikit sebab masak tadi. Ahhh ! sakit >__<
hari ni ada showdown and tetamu undangan adalah B.A.P !! Whoah ! B.A.P datang lagi Malaysia. huhu. nak nangis T__T


Labels: , ,


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life